Faedah-faedah Penubuhan Syarikat Sendirian
Berhad
Adakah anda diketepikan kerana saiz perniagaan anda yang kecil? Adakah anda
tidak layak untuk mendapatkan kebanyakan kontrak-kontrak kerana syarikat anda
tidak diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/ dahulunya
dikenali sebagai ROC)? Sekiranya anda mangalami keadaan-keadaan berikut anda
mungkin patut mempertimbangkan untuk memperbadankan syarikat anda di bawah
status Sendirian Berhad.
Walaupun anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan, anda seharusnya menilai
produk-produk dan para pelanggan anda dengan berhati-hati sekiiranya anda
berpendapat adalah lebih baik anda memulakan perniagaan sebagai Sendirian Berhad
daripada perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian.
Tidak dapat dinafikan bahawa adalah lebih mudah menguruskan perniagaan jenis
empunya tunggal atau perkongsian dari segi pentadbiran dan bayaran cukai dan kos
yang lebih rendah, tetapi perniagaan jenis ini akan menjejaskan perkembangan
perniagaan anda sekiranya anda bercadang untuk mengembangkan dan mendapatkan
para pelanggan yang lebih besar di masa hadapan.
Faedah-faedah utama sebuah syaikat yang berstatus Sendirian Berhad
Perlindungan Liabiliti - Sebuah syarikat Sendirian Berhad adalah entiti
sah yang berasingan daripada ahli-ahli individu syarikat itu. Ia bermaksud
aset-aset persendirian ( sedia ada dan tidk dihasilkan) dilindungi daripada
kerugian perniagaan sekiranya syarikat anda tidak dapat membayar balik
hutang-hutang dan /atau disaman untuk sejumlah wang yang diluar keupayaan
syarikat untuk membuat pembayaran balik. Di dalam Syarikat Sendirian Berhad,
tanggunjawab anda hanyalah setakat jumlah saham yang anda miliki di dalam
syarikat tersebut atau sekiranya anda atau rakan kongsi penjadi penjamin dan
berlakunya pembubaran atau likuidasi, liabiliti anda hanyalah setakat jumlah
sumbangan yang telah anda setuju untuk laburkan ke dalam aset-aset syarikat
Kewujudan Berterusan dan Pengenalan yang Lebih baik- penubuhan,
penyelenggaran dan pembubaran syariakt Sendirian Berhad memakan masa yang lama
dan perbelanjaan yang banyak terutamanya dari segi yuran guaman dan
kesetiausahaan. Namun demikian, Syarikat Sendirian Berhad mempunyai jangka hayat
yang lebih lama dan lebih berterusan daripada empunya tunggal. Lebih-lebih lagi
syarikat Sendirian Berhad tidak akan terbubar dengan kematian seorang pemegang
saman. Hakmilik terhadap saham tersebut akan dipindah milik kepada waris si mati.
Institusi-institusi kewangan, agensi-agensi kerajaan dan entiti-entiti
perniagaan yang besar lebih gemar berurusan dengan syarikat-syarikat Sendirian
Berhad terutamanya di dalam projek-projek besar kerana ketetapan struktur
kewujudanya dapat menawarkan kestabilan, kesinambungan dan perlindungan yang
lebih.
Perlindungan terhadap Nama Syarikat - Sekiranya sesebuah syarikat
Sendirian Berhad telah mendaftarkan nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan
nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM), nama
tersebut tidak boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain bagi tempoh kewujudan
syarikat anda dan selama beberapa tempoh selepas pembubaran syarikat anda.
Pilihan-pilihan kewangan yang lebih-
selain daripada mengambil bantuan kewangan, wang boleh diperolehi melalui
penjualan stok kepada penjual-oenjual persendirian. Di peringkat-peringkat akhir,
saham ini boleh ditawarkan kepada umum sekiranya syarikat tersebut menukar
status kepada syarikat berhad atau syarikat awam berhad.
Syarikat-syarikat Sendirian Berhad selalunya mempunyai keupayaan untuk
mendapatkan rangkaian perdagangan dengan lebih mudah daripada empunya
tunggal.
Ketelusan dan Pengemaskinian Pentadbiran- akaun-akaun syarikat haruslah
mematuhi piawaian –piawaian tegas yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya
Syarikat Malaysia. Akaun –akaun audit tahunan mengenai keuntungan dan kerugian
berserta kunci kira-kira syarikat haruslah diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia untuk dilekapkan kepada satu pangkalan data yang boleh dilayari oleh
orang awam.
Dari segi undang-undang semua syarikat-syarikat sendirian Berhad haruslah
menggaji perkhidmatan seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu dalam
pendaftaran syarikat., memfailkan minit-minit mesyuarat dan resolusi-resolusi
syarikat, dan akaun tahunan syarikat. Setiausaha-setiausaha syarikat ini
mematuhi piawai-piawai yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
sekaligus ini membantu mengemaskinikan pentadbiran syarikat-syarikat Sendirian
Berhad di Malaysia.
Status Perintis dan Koridor Raya Multimedia (KRM)- ataupun
syarikat-syarikat Sendirian Berhad dikenakan cukai korporat sebanyak 28% di
Malaysia, syarikat-syarikat ini boleh memohon untuk mendapatkan status perintis
atau status KRM. Status perintis manawarkan 100% pengecualian daripada cukai
pendapatan statutori. Insentif ini diberikan pada peringkat pertama untuk tempoh
lima tahun. Syarikat-syarikat dibawah KRM juga boleh memohon untuk mendapatkan
status perintis. Syarikat-syarikat ini layak mendapat Cukai Elaun Pelaburan
sebanyak 100% (ITA), geran-geran R&D (untuk majoriti syarikat-syarikat milik
Malaysia yang berstatus KRM) dan mempunayai kebebasan untuk mencari modal dan
mendapatkan pendanaan secara global. Faedah-faedah unik yang lain adalah seperti
pengimportan kelengkapan multimedia secara bebas cukai (MDC), dan mendapat
laluan ke agensi- agensi setempat, Perbadanan Perkembangan Multimedia (MDC),
untuk tujuan perlesenan dan peraturan-peraturan lain. Faedah-faedah ini berubah
dari semasa ke semasa, oleh itu adalah lebih baik untuk menyemak faedah-faedah
terkini secara langsung di www.msc.com.my dan juga www.mida.gov.my.
Hakmilik dan Keperluan-keperluan modal sebuah Syarikat Berhad
Sesebuah syarikat Sendirian Berhad seharusnya mempunyai pemegang saham yang
paling minimum sejumah dua orang dan yang paling maksimumnya 50 orang. Seorang
direktor syarikat haruslah orang sebenar yang mempunyai principal atau tempat
tinggal di dalam Malaysia.
Dari segi modal, bagi memulakan sebuah syarikat Sendirian Berhad anda hanya
memerlukan modal berbayar yang minimum iaitu sebanyak RM2. Modal ini boleh
dinaikan atau ditambah pada bila-bila masa atau sekiranya diperlukan.
Mengambil Langkah Pertama
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraturan-peraturan yang menguasai
syarikat-syarikat Sendirian Berhad anda boleh layari laman webnya iaitu:
www.ssm.gov.my atau mendapatkan bantuan perunding seperti sebuah Syarikat
Kesetiausahaan yang berpiagam. Terdapat banyak syarikat-syarikat begini yang
berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Sekiranya anda tidak pasti syarikat kesetiausahan mana yang anda patut pilih,
anda bolehlah merujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai syarikat.
Apabila anda telah mendapat senarai terpilih, anda bolehlah membuat panggilan
untuk mendapatkan informasi lebih. Melalui respon yang diberikan anda akan dapat
mengetahui syarikat mana yang suka membantu, profesional, boleh memberikan
maklumat, dan bersesuaian dengan citarasa anda.
Aturkan temujanji dengan 2-3 setiausaha-setiausaha ini. Pilih dan lantiklah Setiausaha Syarikat yang dapat memenuhi kehendak anda.
HARGA KAMI CUMA RM1990 SHJ. INGAT HARGA KAMI (ALL INCLUSIVE). KAMI ULANGI "ALL INCLUSIVE"
ANDA JUGA HARUS TAHU BAHAWA TIDAK SEMESTINYA HARGA YANG MAHAL DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI. HARGA MAHAL INI CUMA GIMMICK.
SEKIRANYA ANDA INGIN HARGA YANG MAHAL. KAMI ADA HIGH CLASS PACKAGE - SILA TELEFON - 013-3978838
YURAN BULANAN RM50 SHJ.
Julat yuran tahunan Setiausaha Syarikat adalah diantara
RM600 kepada RM5000.
Jumlah ini kadang-kadang termasuk yuran tahunan yang telah diaudit kerana
kebanyakan daripada Setiausaha-setiausaha syarikat ini juga bertambat dengan
Akauntan-akauntan dan menawarkan perkhidmatan mereka secara pakej. Di Malaysia,
adalah wajib untuk menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat yang telah
didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Anda haruslah membuat permohonan pertama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia
melalui Setiausaha Syarikat untuk memastikan sama ada nama yang telah anda
rancangkan untuk syarikat anda masih lapang. Jika nama tersebut masih belum
digunakan oleh syarikat-syarikat lain, penempahan selama 3 bulan haruslah
dilakukan keatas nama tersebut dari tempoh kelulusan. Di dalam tempoh 3 bulan
tersebut anda haruslah menyerahkan Memorandum dan Tataurusan Persatuan, Borang 6
dan Borang 48A berserta dengan yuran pendaftaran kepada Suruhanjaya Syarikat
Malaysia.
Borang 48A Akuan Berkanun diperlukan untuk setiap Direktor dan pemohon-pemohon
saham. Sesebuah syarikat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 direktor
didalam Tataurusan Persatuan syarikat dan dua orang pemohon-pemohon saham di
dalam Memorandum dan Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan .
Borang 6 di dalam Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan harus
mempunyai nama seorang setiausaha syarikat.
Apabila mendaftarkan sesebuah syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan
mengeluarkan Sijil Penubuhan.
Anda juga bolehlah berbincang dengan rakan-rakan yang telah pun memiliki
syarikat Sendirian Berhad. Secara lazimnya mereka telah melalui kesemua
proses-proses ini, dan oleh itu mereka mampu memberikan informasi mengenai
isu-isu yang patut anda beri perhatian dan secara amnya memberikan
nasihat-nasihat yang relevan.
Artikel ini disediakan oleh Spire Media & Research