Panduan...

Daftar Syarikat Sdn Bhd

Daftar CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.

Merujuk kepada Seksyen 25 (1) Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) :

    "Tiada seorang pun boleh menjalankan kerja atau menyiapkan, mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagi kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memgang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini".

Panduan daftar syarikat

+603-9543 9890
+6013-397 8838 (Fawzy) | +6018- 288 4495 (Zaid)